Andai Kau Jodohku ..
Bismillahirrahmanirrahiim.
Entah mengapa aku merasakan diri ini begitu dihargai, disayangi oleh seseorang insan. Jika benar dia ikhlas menerima aku seadanya, akulah insan yang paling gembira dan bertuah sekali. Aku bukanlah mengimpikan putera dari kayangan, cukuplah sekadar menumpang kasih sayangnya dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..Andai dia tidak dapat menerimaku atas kekurangan diri ini, aku tetap redha atas takdir yang Engkau telah tetapkan buatku. Cukuplah sekadar aku mengimpikan sesuatu yang indah dalam hidup ini walaupun aku tidak dapat memilikinya.
Di saat ini, hati ini terlalu sebak memikirkan kesilapan-kesilapan yang aku pernah lakukan dulu. Mana mungkin aku dapat berpatah balik, tapi yang paling aku pasti ialah aku mesti lebih tabah dalam melalui liku-liku kehidupan ini. Aku mesti kuat mengharungi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Aku juga mesti redha dengan apa yang telah terjadi. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku ini Ya Allah. Sesungguhnya, aku hanyalah insan yang hina dan lemah.
Aku bersyukur padamu Ya Allah, kerana masih diberi kesempatan buatku dalam mencari kekuatan diriku yang sebenar. Terima kasih kerana mengambilku kembali untuk dilindungi dan dijaga..Sesungguhnya aku hanyalah insan yang sentiasa leka dengan permainan duniawi..Kadangkala aku tidak mengerti mengapa aku diuji dengan sebegitu rupa, terlalu perit dan pedih yang aku rasakan. Ya Allah, ampunkan segala kesilapanku, hanya kepadaMu aku berserah dan berdoa, kalaulah dia betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia dan akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikan dia sebagai suamiku, kalau tidak baik, elakkanlah. Sesungguhnya kepadamu aku berserah..Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat diriku.
Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan juga hatimu. Itu janji Allah. Andainya kaulah jodohku, terimalah aku seadanya, seorang insan yang tidak sempurna dan lagi serba kekurangan. Aku bukanlah puteri dari kayangan,seperti yang engkau impikan, aku hanyalah wanita yang serba kekurangan. Andai kau menyayangiku dan mengasihiku, percayalah hanya engkau yang akan bertakhta di hati ini. Aku bukanlah seorang wanita cerewet dalam memilih pasangan hidup, siapalah diri ini untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana...Andainya kaulah jodohku, aku akan menjaga setiap langkah perjalananku, menjaga setiap tutur kataku, dan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain. InsyaAllah.
" Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."
Aku yakin setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan. Dan perkahwinan adalah pelengkapnya. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.
Aku hanyalah mahu melengkapkan tulang rusuk yang hilang dan aku berharap agar boleh melengkapkan tulang rusuk untuk membantu,melindungi,menjag a walaupun diriku tidak sempurna mana. siapa dan bagaimana,hanya DIA Maha Mengetahui
Ya Allah...!
andai dia jodohku tunjukkan aku jalan agar dia menjadi milikku..andai dia milikku sabarkan lah hatiku..andai dia jodoh ku tetapkan lah iman ku..
Ya Allah..
andai dia bukan jodohku kau hilangkan kenangan bersama si dia agar ku setia pada yang satu !andai perpisahan terbaik buatku,kau peliharalah dia..kau pertemukan orang yang terbaik untuk dirinya...sesungguhnya aku tak layak untuk bersama si dia..Aamiin

Aku hanyalah mahu melengkapkan tulang rusuk yang hilang dan aku berharap agar boleh melengkapkan tulang rusuk untuk membantu,melindungi,menjag
Ya Allah...!
andai dia jodohku tunjukkan aku jalan agar dia menjadi milikku..andai dia milikku sabarkan lah hatiku..andai dia jodoh ku tetapkan lah iman ku..
Ya Allah..
andai dia bukan jodohku kau hilangkan kenangan bersama si dia agar ku setia pada yang satu !andai perpisahan terbaik buatku,kau peliharalah dia..kau pertemukan orang yang terbaik untuk dirinya...sesungguhnya aku tak layak untuk bersama si dia..Aamiin

0 comments:
Post a Comment